Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 29 & 30 Jun 2024 – Bersempena dengan National Training Week (NTW), Rural Capital Berhad (RCB) telah menyertai Program Ekspo Kerjaya anjuran PERKESO selama dua hari di Bukit Jalil.

Melalui program ini, RCB telah menerima kunjungan oleh hampir 300 pengunjung dengan pelbagai latar belakang, di samping mengadakan 60 sesi temuduga bagi pengambilan melibatkan 27 kekosongan pelbagai jawatan di RCB.

Turut sama hadir menjayakan program ini adalah En Mohd Johari Idham Amiruddin, Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat, En Mohd Noorisham Md Asari, Ketua Unit Kualiti dan Pemulihan Kredit (UKPK), Ketua, Team Leader dan wakil kakitangan dari Unit Modal Insan (UMI), UKPK serta Cawangan WP Kuala Lumpur (CNKL). Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini secara langsung mahupun tidak langsung.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *