JERLUN, 29 Oktober, Ketua Pegawai Eksekutif RCB, Tuan Haji Hiruddin bin Hashim pada hari ini telah hadir ke Majlis Perasmian Penutupan Tuisyen Pintar YPM @ KPLB 2022. Perasmian penutupan majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi MARA Corporation, YB. Senator Dato’ Wira Othman bin Aziz. Pada majlis tersebut, RCB telah memberikan sumbangan zakat kepada pelajar dan penduduk tempatan. Seramai 63 orang pelajar institut pengajian tinggi dan 150 keluarga asnaf menerima manfaat daripada sumbangan tersebut dan jumlah keseluruhan sumbangan yang diserahkan adalah berjumlah RM20,100.00.