Rural Capital Berhad, 23 Ogos 2024 – Perasmian Greenspot RCB telah diadakan di Tingkat 13, Rural Capital Berhad sebagai inisiatif Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) untuk menyediakan sudut pengumpulan bahan kitar semula di Ibu Pejabat.
Greenspot ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Haji Hiruddin bin Hashim dengan kehadiran semua kakitangan RCB dari Tingkat 13 dan Tingkat 14.
Antara pengisian program ini termasuklah galakan aktiviti kitar semula di kalangan kakitangan, perkongsian kisah syarikat korporat yang aktif dalam kitar semula serta kepentingan usaha kitar semula untuk syarikat. Selain itu, sesi pemberian hadiah turut diadakan untuk 10 pendaftar terawal aplikasi dan pemenang utama aktiviti kitar semula di peringkat Ibu Pejabat bagi bulan Ogos yang dimenangi oleh Puan Maryani Salleh dari Unit Pentadbiran dan Pengurusan Aset dengan berat barangan kitar semula tertinggi sebanyak 23.6kg.
Diharapkan lebih ramai kakitangan akan menyertai inisiatif ini bagi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan sihat. Melalui amalan kitar semula, kita selangkah ke hadapan dalam mencapai matlamat ESG dan pemerolehan Green Certificate.
“Let’s be part of the solution, not the pollution”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *