PEACE OF MIND 5.0 SIRI JELAJAH NEGERI PADA 2-4/3/2023

Melaka, 4/3/2023 – Sesi Perbincangan & Runding Cara bersama peminjam bagi Akaun Pelajaran dan akaun Pembiayaan Am telah berjaya dilaksanakan bersama Bahagian Kawalan Kredit HQ (BKK), Rural Capital Berhad (UKPK & CN Melaka), Unit Kawalan Kredit Melaka (UKK), Pejabat MARA Negeri (PMN) & Pejabat MARA Daerah (PMD) selama 3 hari bermula dari 2 Mac 2023 hingga 4 Mac 2023 di Pejabat MARA Negeri Melaka.
Program POM ini turut dihadiri oleh Pengarah MARA Negeri Melaka Encik Nurul Azmi Bin Johari, Pengarah Bahagian Kawalan Kredit Encik Meor Mohd Khairy Bin Meor Abdullah Zawawi & Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Kredit Encik Mohd Fadil Bin Senan.
RCB Melaka telah turut serta bagi pembukaan booth serta taklimat SPED semasa POM tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *