Majlis Perasmian Program Peace of Mind Perkukuh Agenda Digital MARA dan RCB

Kuala Lumpur, 13 November 2025 — Majlis perasmian Program “Peace of Mind” anjuran Rural Capital Berhad (RCB) dengan kerjasama Bahagian Kawalan Kredit (BKK) MARA telah berlangsung dengan jayanya di Lobi Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Pengerusi MARA, Datuk Dr. Wira Asyraf Wajdi bin Dato’ Haji Dusuki. Majlis turut dihadiri oleh Pengurusan MARA, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, YBrs. Encik Yahaya bin Sani, Pengerusi RCB, YBhg. Datuk Noor Hariri bin Mohamed Noor dan Ketua Pegawai Eksekutif RCB, YBrs. Tuan Haji Hiruddin bin Hashim.
Program yang membawa tagline “Usah Bimbang, Jom Bincang” ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MARA dan RCB untuk menekankan pendekatan mesra dan terbuka dalam membantu peminjam menyelesaikan isu kewangan mereka serta memperkukuh kesejahteraan kewangan melalui pendekatan digital dan inklusif.
Dalam majlis tersebut, pelancaran rasmi Program Peace of Mind 7.0 telah disempurnakan melalui gimik simbolik menggunakan Kad Kiple Rural Capital, yang melambangkan komitmen MARA dan RCB dalam memperkukuh penyelesaian kewangan digital serta memudahkan urusan peminjam.
Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang Kempen Bayar & Menang MARAEps. Seramai 6 pemenang bagi bulan September dan Oktober 2025 sebagai penghargaan kepada pengguna yang aktif membuat pembayaran pinjaman MARA.
Usai perasmian, YBhg. Pengerusi MARA turut melakukan sesi walkabout ke ruang pameran, berinteraksi dengan para peserta yang hadir serta meninjau pelbagai inisiatif yang dipamerkan.
Program Peace of Mind diharap dapat menjadi platform terbaik bagi peminjam mendapatkan khidmat nasihat, berbincang secara terbuka serta menyusun semula komitmen pinjaman mereka dengan lebih teratur dan berkesan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *