Majlis Jalinan Kerjasama Ketua Cawangan RCB Negeri Selangor yang Baharu bersama PMN Selangor

Shah Alam, 27 Februari 2025 – Cawangan Rural Capital Berhad (RCB) Negeri Selangor telah mengadakan satu sesi perkenalan Ketua Cawangan yang baharu, En. Rahman Shah bersama Pejabat MARA Negeri (PMN) Selangor pada hari ini. Sesi ini turut membincangkan hala tuju dan memperkukuhkan jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak.
Sesi ini turut disertai oleh Pn. Ziana Arshad (Pegawai Pembiayaan RCB Selangor) dan En. Rasyid Roslan (Team Leader HUB Selangor). Manakala wakil PMN Selangor telah dihadiri oleh En. Azuan Md Ghazali (Timbalan Pengarah I), Pn. Nur Zatulitri (Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan), Pn. Hashimah Hanapi (Ketua Unit Kawalan Kredit dan Penguatkuasaan (UKKP), En. Firdaus Rozali (Ketua Unit PUSMA), dan pegawai-pegawai lain.
Pertemuan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara Cawangan Negeri Selangor bersama PMN Selangor dalam mempertingkatkan usaha dan kolaborasi bagi tahun 2025 sejajar dengan matlamat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi perniagaan dan perkhidmatan pada tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *