Kuala Lumpur, 8 Mei 2024 – RCB telah menerima kehadiran dari pihak Yayasan Pahang di Ibu Pejabat RCB bertempat di Tingkat 14, Menara MARA hari ini bagi membincangkan jalinan kerjasama antara RCB dan Yayasan Pahang. Delegasi Yayasan Pahang ini diketuai oleh Puan Nor Azean binti Othman, Pengurus Capaian Pendidikan Yayasan Pahang.
Turut bersama, Encik Amansahrin bin Ahmad Moghni, Ketua Bahagian Operasi Sokongan Perniagaan, Encik Mohd Zulkernain Iskandar bin Ramlee, Ketua Bahagian Perniagaan, Encik Mohd Johari Idham bin Amiruddin, Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat, Encik Muhammad Afiq Qiwamuddin bin Mustapha Shakri, Penolong Pengurus Kanan Yayasan Pahang dan wakil Yayasan Pahang serta RCB yang terlibat.