Kuala Lumpur, 15/8/2024 – RCB menerusi Kelab Inovatif & Kreatif RCB (KIK) dan PANDAI Education SDN. BHD telah selangkah ke hadapan bagi melaksana penyediaan sumber pendidikan yang selamat dan berpatutan untuk anak-anak kakitangan, kakitangan dan masyarakat.
Objektif kerjasama ini adalah untuk memberi manfaat kepada para pelajar dan pendidik khususnya mereka yang berada di Sekolah Islam dan Maahad Tahfiz dengan menawarkan akses seperti bahan pendidikan berkualiti, material rujukan pembelajaran yang interaktif dan sokongan pembelajaran mengikut kapasiti dan tahap pembelajaran setiap pelajar.
PANDAI selaku rakan strategik akan menyediakan kepakaran dalam menjalankan program pendidikan dan penyediaan kandungan serta alat pendidikan digital yang membolehkan pelajar mengakses kandungan kurikulum secara automatik setelah mendaftar dengan aplikasi PANDAI sesuai dengan pengalaman dalam membangunkan kurikulum Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA).
Turut bersama dalam program ini ialah Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Rural Capital Berhad, Encik Khairul Anwar Mohamad Zaki, Ketua Pegawai Eksekutif PANDAI Education Sdn. Bhd., Encik Suhaimi Ramly, wakil Barisan anggota Pengurusan Kanan dan Pengurusan RCB dan barisan anggota Pengurusan PANDAI Education Sdn. Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *