Telah berlangsung lawatan kerja ke Kompleks Industri Makanan MARA (KIMAR) oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
KIMAR merupakan usaha MARA dalam melahirkan usahawan berteraskan bidang pembuatan dan teknousahawan melalui penyediaan kilang yang dilengkapi dengan spesifikasi pensijilan dan pengiktirafan berkaitan sebagai persediaan untuk ke pasaran tempatan dan global.
Rural Capital Berhad bersama-sama KKDW dibawah satu bumbung dalam memperkenalkan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa kepada YAB Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
RCB juga berkesempatan mempromosi SPED kepada usahawan-usahawan yang hadir pada hari ini.
Sesi ini telah disertai oleh Tn. CEO RCB Hj Hiruddin Bin Hashim, Pengurus Bahagian En Amansahrin, Ketua Unit Pembiayaan Pn. Siti Hajar bt. Aladin dan Pegawai Pembiayaan, En. Afham Afif bin Mohd Shohaimi.