π—₯𝗨π—₯π—”π—Ÿ π—–π—”π—£π—œπ—§π—”π—Ÿ π—•π—˜π—₯𝗛𝗔𝗗 𝗧𝗔𝗝𝗔 π—§π—¨π—œπ—¦π—¬π—˜π—‘ π—£π—œπ—‘π—§π—”π—₯ 𝗬𝗣𝗠@π—žπ—žπ——π—ͺ π—¦π—˜π—₯𝗧𝗔 𝗕𝗔𝗑𝗧𝗨 𝟭𝟬𝟬 π—£π—˜π—Ÿπ—”π—π—”π—₯ 𝗦𝗣𝗠 π——π—œ π—£π—”π—¦π—œπ—₯ 𝗠𝗔𝗦

PASIR MAS, 2 Ogos 2025 – Sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap pembangunan pendidikan luar bandar, Rural Capital Berhad telah menaja sepenuhnya Program Tuisyen Pintar YPM@KKDW 2025, yang memberi manfaat kepada seramai 100 orang pelajar SPM dari lima buah sekolah menengah sekitar Pasir Mas, Kelantan. Pelajar dari SMK Bunut Susu, SMK Tendong, SMK Kedondong, SMK Tanjong Bunga dan SMK Meranti telah dipilih untuk mengikuti sesi tuisyen intensif ini.
Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Encik Noor Hariri bin Mohamed Noor, Pengerusi Rural Capital Berhad, sebagai simbol sokongan dan penglibatan aktif syarikat dalam membina modal insan luar bandar. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah wakil-wakil daripada MARA, Yayasan Pelajaran MARA (YPM), serta tenaga pengajar dan guru pengiring yang memainkan peranan penting sepanjang program berlangsung.
Usaha berterusan ini bukan sahaja mendapat maklum balas positif daripada pelajar dan guru, malah turut diharap menjadi pencetus kepada kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan SPM serta pembentukan sahsiah yang seimbang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *