SESI PENYERAHAN MOCK-UP CHEQUE SKIM PEMBIAYAAN EKONOMI DESA (SPED) & LAWATAN PMX KE RERUAI RURAL CAPITAL BERHAD (RCB)

Kuala Selangor, 25 Februari 2024 – Seramai 4 usahawan di sekitar kawasan Puncak Alam menerima mockup cheque Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) yang telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif RCB, Tuan Haji Hiruddin bin Hashim.
Sesi penyerahan ini telah berlangsung di hadapan reruai RCB di bawah pameran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam Program Madani Rakyat (Zon Tengah) yang berlangsung pada 23 hingga 25 Februari 2024 bertempat di Kompleks Sukan Kuala Selangor.
Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim juga meluangkan masa melawat ke reruai RCB dan beramah mesra bersama kakitangan RCB dan KKDW.
Turut hadir ketika lawatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan YAB Dato’ Seri Amiruddin bin Shari, Menteri Besar Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *