Jelebu, 20 Mei 2025 – RCB diberikan peluang untuk mempromosikan produk Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED), Penyelesaian Berasaskan Digital dan Perlindungan Takaful kepada seluruh anggota JPKK dan agensi-agensi di kawasan Daerah Jelebu hari ini.
Seminar ini bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada kepimpinan kampung untuk program dan bantuan yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan mahupun agensi di bawah Kementerian, disamping untuk memperkasakan pembangunan usahawan tempatan.
Seminar ini dipengerusikan oleh Encik Wan Shahrudin bin Wan Dahalan, Pegawai Daerah Jelebu. Turut hadir YB Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias, Exco (Kanan) Kerajaan Negeri Sembilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *