Kuala Lumpur, 15 Mei 2025 – RCB telah mengambil bahagian dalam program SME Open Day anjuran Media Prima Berhad, dengan kerjasama MARA Corporation dan Glocal Link (M) Sdn Bhd, bertempat di Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar, Kuala Lumpur. Penyertaan ini adalah sebahagian daripada inisiatif strategik syarikat dalam memperluaskan jaringan, mempromosikan perkhidmatan takaful, penyelesaian berdasarkan digital dan pembiayaan perniagaan pada pengunjung yang hadir.
Program ini telah berlangsung selama dua hari iaitu dari 14 hingga 15 Mei 2025 dan menghimpunkan pelbagai perusahaan kecil dan sederhana dari seluruh negara termasuk institusi kewangan, memberi peluang kepada pengunjung untuk berinteraksi secara langsung dengan usahawan tempatan serta meneroka pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Diharapkan program sebegini dapat diteruskan secara berkala, dan disyorkan agar penyertaan pada masa akan datang melibatkan lebih banyak bahan promosi interaktif dan kerjasama rentas agensi. Pihak kami merakamkan penghargaan kepada Media Prima Berhad, MARA Corporation, dan Glocal Link (M) Sdn Bhd atas peluang dan ruang yang diberikan dalam program ini.