Pulau Redang, 31 Ogos 2024 –Sejumlah RM14,700 telah disalurkan oleh RCB bagi membiayai Program RCB Peduli Asnaf @ Redang dan Program Cintai Alam RCB di Pulau Redang, Terengganu bersempena Program Kembara Merdeka RCB @ Redang 2024.
Sumbangan tersebut merangkumi kos sumbangan baik pulih rumah asnaf yang terpilih, sesi penerangan kesedaran pemuliharaan terumbu karang dan sesi pelepasan anak penyu.
Program dengan kerjasama Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Malaysia Tidal Garden Association (MTGA) ini telah disertai oleh 72 kakitangan RCB bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik sempena bulan kemerdekaan pada tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *