Kuala Lumpur, 28 September 2025 – MARA Fun Run Anak Malaysia 2025 yang berlangsung meriah di sekitar Medan MARA, Kuala Lumpur telah mencatatkan penyertaan ratusan peserta dari pelbagai lapisan masyarakat. Acara ini dianjurkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025, dalam usaha menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan, dan kesihatan dalam kalangan warga MARA serta masyarakat umum.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Ketua Pengarah MARA, Dato’ Zulfikri bin Osman serta Ketua Pegawai Eksekutif Rural Capital Berhad (RCB), Tuan Haji Hiruddin bin Hashim yang turut sama menyertai larian bersama para peserta.
RCB juga tidak ketinggalan menyokong program ini dengan penglibatan kakitangan di ibu pejabat sebagai peserta larian, mencerminkan semangat kesukanan, kerjasama dan sokongan terhadap inisiatif komuniti MARA.
MARA Fun Run Anak Malaysia bukan sahaja menjadi wadah untuk memperkukuh gaya hidup sihat, tetapi juga sebagai platform menyemai nilai perpaduan, semangat kebangsaan dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.