Majlis penutupan Program Tuisyen Pintar YPM @KKDW 2024 telah dirasmikan oleh Rural Capital Berhad yang diwakili oleh Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat, Mohd Johari Idham Bin Amiruddin di Dewan An-Nawawi, MRSM Bagan Datuk, Perak pada 27 Oktober 2024.
Dengan RM74,000 di bawah inisiatif Rural Capital Berhad sebagai penaja, Yayasan Pelajaran MARA dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, program ini telah membantu 200 pelajar dalam mencapai kecemerlangan akademik dan membuka peluang baru untuk masa depan mereka.
Majlis ini dianjurkan bagi meraikan kejayaan para pelajar yang telah mengikuti program tuisyen intensif di bawah inisiatif Yayasan Pelajaran MARA dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, yang memberikan impak besar kepada pelajar luar bandar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *