Kuala Lumpur, 9 Disember 2024 – Sedang berlangsung sesi walkabout YB Senator Tengku Dato’ Sri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) ke reruai RCB dalam Program Asean Business Forum 2024 yang diadakan di Dewan Perdana Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) hari ini.
Program ini telah dianjurkan oleh MySkala dan MITI bagi memperkasakan usahawan-usahawan muda terutamanya wanita untuk menceburi ilmu perniagaan dan meluaskan jaringan rakan strategik. RCB juga turut menyertai program ini sebagai pempamer bagi mempromosikan produk Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dan RuralPay kepada para pengunjung yang hadir.
Turut hadir, Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif RCB bersama Encik Ashrul Ashryzad, Pegawai Pejabat Pengerusi RCB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *