Terengganu, 24 Februari 2025 – Rural Capital Berhad (RCB) Terengganu pada hari ini telah memenuhi jemputan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Terengganu untuk menghadiri majlis pelancaran Program Gemilang A+ SPM dan Perasmian Bas MRSM. Program ini adalah hasil kerjasama erat di antara pihak RCB bersama Institusi Pendidikan MARA (IPMA) dalam usaha menyokong kecemerlangan akademik pelajar di luar bandar.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Encik Yahaya bin Sani, Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA, dengan disaksikan oleh En. Mohd Farris bin Radzuan, Pengarah MARA Negeri Terengganu.
Majlis ini bertujuan memperkenalkan Program Gemilang A+ SPM, yang direka khas untuk membantu pelajar mencapai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain itu, acara ini turut diserikan dengan perasmian bas MRSM Kuala Terengganu yang bakal memberi manfaat besar kepada pelajar dalam aspek mobiliti dan kemudahan pengangkutan.
Kehadiran En Qamarrul, Team Leader merangkap Ketua Cawangan Negeri Terengganu mewakili RCB dalam majlis ini menunjukkan komitmen RCB dalam menyokong inisiatif pendidikan serta pembangunan akademik anak-anak luar bandar. Teruskan mengikuti kami di semua laman rasmi RCB untuk maklumat terkini mengenai aktiviti dan inisiatif kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *