Kuala Lumpur, 6 Julai 2025 – Seramai 45 warga RCB menyertai Program Larian MARA Sihat Siri 4: The Sweet Escape 2025 yang berlangsung dengan penuh ceria pada Ahad sempena KL Free Car Morning (KLFCM).
Dengan laluan sejauh 7km merentasi trek KLCFM, para peserta memulakan pagi mereka dengan aktiviti senamrobik diikuti sesi flag off tepat jam 7.15 pagi. Program ini turut diserikan dengan penyertaan barisan pengurusan tertinggi MARA termasuk Ketua Pengarah MARA, YBhg. Datoβ Zulfikri bin Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, YBrs. En. Yahaya bin Sani serta CEO RCB Tuan Haji Hiruddin bin Hashim.
Antara aktiviti menarik yang mencuri perhatian ialah Trivia Games di setiap checkpoint, pertandingan sukan rakyat dan tentunya cabutan bertuah yang menggamatkan suasana. Program ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah menjadi platform merapatkan ukhuwah antara kakitangan RCB bersama warga MARA.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang menjayakan program ini!