RCB BERSAMA PROGRAM MARA HALAL INDUSTRIAL PARK (MHIP) SHOWCASE 2025: INOVASI PEMBAYARAN DIGITAL UNTUK ERA BARU

Kuala Lumpur, 8 Mei 2025 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui Bahagian Infrastruktur Komersial (BIK) telah menganjurkan satu program MARA Halal Industrial Park (MHIP) Showcase 2025 pada 5 – 9 Mei 2025 yang bertempat di Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur.
Rural Capital Berhad (RCB) dijemput untuk memberi perkongsian kepada usahawan berkaitan kemudahan perniagaan atas talian. Melalui perkongsian tersebut, pengenalan mengenai aktiviti perniagaan syarikat seperti Pengurusan Kredit, Perkhidmatan Pembiayaan dan Perlindungan Takaful telah disampaikan oleh Ketua, Perniagaan RCB, Encik Amansahrin bin Ahmad Moghni.
Manakala perkongsian produk berasaskan digital terminal tanpa tunai seperti Terminal EDC P5, Soundbox & E-Invois dan Tablet POS Sistem telah disampaikan oleh Puan Wan Nazatul Aminah binti Mohd Arif selaku Ketua, Teknologi Digital.
RCB komited untuk terus menyokong pertumbuhan usahawan halal melalui penyelesaian kewangan digital yang praktikal, mesra pengguna dan patuh syariah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *