16 Januari 2023, Kota Bharu- CEO dan wakil dari Ibu Pejabat RCB pada hari ini telah turun padang ke negeri Kelantan bagi menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas di negeri tersebut pada pertengahan Disember yang lalu. Sumbangan ini memfokuskan bantuan kepada keluarga dan kakitangan RCB serta kakitangan Pejabat MARA Negeri Kelantan. Turut menerima sumbangan ini adalah 20 keluarga dari Dun Pasir Puteh.
Sumbangan ini diharapkan dapat membantu meringankan beban yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir yang terjejas. Inisiatif ini juga merupakan satu manifestasi hubungan baik yang sedia terjalin di antara pihak RCB dan PMN Kelantan yang sudah terjalin selama ini.
RCB juga melalui CEOnya Tuan Haji Hiruddin bin Hashim turut menghulurkan sumbangan Peduli Sekolah kepada anak-anak kakitangan RCB dan PMN Kelantan. Sumbangan ini adalah merupakan bantuan untuk persediaan persekolahan anak-anak kakitangan ini bagi tahun 2023 yang akan menjelang tidak lama lagi.
RCB diwakili CEO, Tuan Haji Hiruddin bin Hashim bersama Puan Nazatul Aminah, En. Muzahisyam Yahaya dan Puan Rohaslina Yusopp. Turut serta dari pihak PMN di dalam program ini adalah Pengarah MARA Negeri, En. Fazli Rizal bin Ismail dan Timbalan Pengarah, En. Mohd Norwawi bin Ibrahim.
Jumlah sumbangan keseluruhan bagi program ini adalah berjumlah RM 29,700.00.