Kinabatangan, 9 Mei 2024 – Rural Capital Berhad (RCB) tidak melepaskan peluang untuk menyertai Program Sentuhan Kasih Desa & Keusahawanan Desa Madani anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada 9 hingga 10 Mei 2024 bertempat di Sukau, Kinabatangan, Sabah bagi mempromosikan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dan Terminal EDC.
Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Turut hadir ke majlis perasmian, YB Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin, Ahli Parlimen Kinabatangan, YBhg. Tan Sri Shahrizat binti Abdul Jalil, Bekas Menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat Malaysia, YB Datuh Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri KKDW, YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun, Ketua Setiausaha KKDW dan YBrs. Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif RCB.