Kangar, 22 & 23 Julai 2024 – Telah berlangsung Program Pendigitilan Usahawan Desa (PPU) Siri 3 (Zon Utara) Tahun 2024. Seramai 250 usahawan disekitar kawasan zon utara telah menghadiri program tersebut. RCB sebagai rakan strategik kepada Desamall turut serta membuka reruai dan memberi penerangan bagi mempromosikan pembiayaan SPED dan produk-produk lain. Program tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif RCB, Tuan Hji. Hiruddin bin Hashim.