Desaru, Johor, 10-12 Jan 2025 – Telah berlangsung Program Pathway to Excellence: Empowering Top Achievers di mana program ini menghimpunkan Top Achievers RCB di dalam bidang kutipan sebagai penghargaan di atas pencapaian kecemerlangan mereka pada tahun sebelumnya. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif RCB.
Kakitangan yang hadir ke program ini telah diberikan latihan pembangunan diri yang eksklusif meliputi aspek penetapan sasaran, kemahiran komunikasi tinggi, pembentukan minda, kepimpinan dan pembangunan kumpulan berprestasi tinggi. Sehubungan dengan itu, program ini adalah merupakan satu inisiatif baru ke arah memacu kecemerlangan di kalangan kakitangan kutipan pada masa hadapan. Tahniah diucapkan kepada semua kakitangan yang terlibat dan semoga RCB terus maju jaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *