Plaza Seremban 21 Mei 2024 – CN Negeri Sembilan berpeluang untuk terlibat sama dalam menjayakan Hari Bertemu Pelanggan MARA Peringkat Negeri selama 2 hari bermula pada 20hb sehingga 21hb Mei bertempat di Ruang Legar aras G, Seremban Plaza.
Rural Capital Berhad Cawangan Negeri Sembilan telah mengambil peluang mengadakan perbincangan dan rundingan bersama peminjam. CN Negeri Sembilan turut membuka booth bagi mempromosikan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) & produk2 Takaful kepada pengunjung2 yang hadir.