Tujuan Pembiayaan
- Memberikan pembiayaan kepada usahawan lepasan GIATMARA
- Sebagai alternatif bagi yang sukar mendapatkan pembiayaan kontrak pembinaan dari bank.
Objektif
- Memperkasa keupayaan usahawan Bumiputera lepasan GIATMARA.
- Memberi peluang pembiayaan bersasar kepada kontraktor kecil dalam menjayakan projek berskala besar.
- Mengadakan kolabrasi strategik Bersama GIATMARA serta agensi berkaitan bagi membantu pembangunan usahawan lepasan GIATMARA.
- Memastikan kualiti dan kelastrian pelaksanaan projek PPRT dalam tempoh jangka masa Panjang.
- Memudahcara proses penerimaan pembiayaan agar kerja kontrak dan projek mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Konsep
- Prinsip-prinsip pembiayaan Islam berdasarkan kepada konsep patuh Syariah – Kredit Pusingan Tawarruq
- Menggunakan fasiliti yang diberikan untuk kontrak yang diterima dalam tempoh pembiayaan
Kaedah Pembayaran Semula
- Pembayaran terus daripada GIATMARA selaku Pemberi Kontrak ke dalam akaun RCB setelah Surat Ikatan Perjanjian ditandatangani
Syarat Syarat Pembiayaan
- Usahawan Bumiputera lepasan GIATMARA yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan tidak melebihi had umur 60 tahun sewaktu permohonan.
- Usahawan dibawah GIATMARA dan telah menyertai kursus kontraktor berkaitan (i.e Kursus Peningkatan Kontraktor GIATMARA).
- Menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam bidang berkaitan.
- Mendaftarkan perniagaan di bawah Syarikat Suruhanjaya Malaysia.
- Syarikat bebas dari Senarai Hitam MARA dan Institusi Kewangan Lain.
- Mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan penyata bank dan setahun akaun pengurusan / akaun beraudit.
- Mempunyai premis perniagaan yang berdaftar.
- Mempunyai rekod-rekod kerja kontrak yang baik sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
- Berupaya menyuntik modal komitmen sebanyak 10% daripada jumlah nilai kontrak