PENYERAHAN MOCK-UP CHEQUE PEMBIAYAAN SPED BERSEMPENA PROGRAM EKSPLORASI TVET @ WTCKL

KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2024 – Sejumlah RM 535 ribu pembiayaan perniagaan secara keseluruhan telah diagihkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada hari ini.
Sesi penyerahan mock-up cheque pembiayaan SPED tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia kepada tiga penerima pembiayaan SPED yang juga usahawan iaitu Qasehnawra Legacy Resources, Seri Epil Enterprise dan Rich Garage Auto Service.
Sesi penyerahan tersebut telah dilaksanakan ketika Program Eksplorasi TVET yang bertempat di Pusat Dadangan Dunia Kuala Lumpur pada 22 hingga 25 Ogos 2024. Usahawan tersebut mengusahakan perniagaan perkhidmatan perlancongan, pembersihan dan automotif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *