Rangkaian pusat perkhidmatan di 13 buah negeri dan lebih daripada 105 pegawai kredit di seluruh negara
Liputan Perkhidmatan di Seluruh Malaysia
Selaras dengan perkembangan syarikat, penubuhan Unit Kualiti dan Pemulihan Kredit (UKPK) pada 2 September 2014 yang bertujuan untuk memperkasakan aktiviti pengurusan bayaran balik pembiayaan bagi memastikan peningkatan kutipan mecapai sasaran yang telah ditetapkan.
Pengoperasian UKPK di Menara MARA merupakan satu pelaburan bagi mewujudkan satu pusat panggilan yang lengkap dengan fasiliti terkini khusus untuk meningkatkan prestasi semasa kutipan dan aktiviti berkaitan pemulihan kredit.
Selain itu, integrasi sistem maklumat dan koordinasi operasi pemulihan kredit di seluruh negara juga membolehkan UKPK memberikan khidmat yang lebih efektif dan efisyen dengan liputan khidmat meluas di seluruh negara.
Untuk info lanjut, hubungi UKPK Careline seperti butiran di bawah: Telefon: 03-9212 0200 / 03-2779 0571 / 03-2779 0562