Senawang, 4 April 2023 – Siri lawatan bersama usahawan-usahawan di sekitar daerah Senawang, Negeri Sembilan di mana usahawan tersebut terdiri daripada bekas pelajar GiatMARA. Turut serta dalam libat urus ini ialah En. Muhamad Lokman bin Che Sulaiman, Pegawai Pembangunan Usahawan GiatMARA Negeri Sembilan.
RCB bersama GiatMARA mempromosikan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) ini kepada usahawan bumiputera yang berminat mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan skim ini. Lawatan ke 2 buah premis perniagaan yang berpontesi adalah penting untuk memberikan informasi yang lebih lanjut kepada usahawan-usahawan yang berminat.
Program ini juga adalah merupakan satu inisiatif bagi memperkenalkan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) yang ditawarkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Rural Capital Bhd (RCB) sebagai agensi pelaksana bagi pembiayaan ini.