Kuala Lumpur, 19 Julai 2024 – RCB telah menerima kehadiran dari pihak Yayasan Terengganu di Ibu Pejabat RCB bertempat di Tingkat 14, Menara MARA hari ini bagi membincangkan jalinan kerjasama antara RCB dan Yayasan Terengganu. Delegasi Yayasan Terengganu ini diketuai oleh Encik Mustafa bin Mat Amin, Ketua Penolong Pengarah (Kutipan Balik Pinjaman) Yayasan Terengganu.
Turut bersama, YBrs. Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif RCB, Encik Amansahrin bin Ahmad Moghni, Ketua Bahagian Operasi Sokongan Perniagaan RCB, Encik Mohd Johari Idham bin Amiruddin, Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat RCB, Encik Mohd Noorisham bin Md Asari, Ketua Jabatan Kualiti & Pemulihan Kredit RCB, Puan Tuty Aryanni binti Abd. Rahman, Penolong Pengarah Kanan (Kutipan Balik Pinjaman) Yayasan Terengganu dan wakil kakitangan Yayasan Terengganu serta RCB yang terlibat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *