KUALA LUMPUR, 14 Jun 2025 – Rural Capital Berhad (RCB) menerima kunjungan hormat dari Kolej Yayasan Pahang (KYP) dalam usaha membina kerjasama strategik berkaitan kutipan dan perkhidmatan.
Kunjungan ini disertai oleh wakil pengurusan KYP yang diketuai oleh Cik Suzana binti Awang, Pengurus Unit Tajaan & Kutipan manakala pihak RCB diwakili oleh Encik Amansahrin bin Ahmad Moghni, Ketua Perniagaan, Puan Aida Aizati binti Ishak, Ketua Kewangan, Ketua-Ketua Unit Teknologi Digital, Unit Takaful, Unit Kutipan dan Pemulihan Kredit serta Unit Pemasaran.
Majlis turut menyaksikan sesi pembentangan melibatkan pengenalan syarikat, potensi kerjasama kutipan dan solusi digital yang ditawarkan oleh RCB. Delegasi KYP turut dibawa melawat ruang pejabat RCB di Tingkat 13 dan 14 bagi melihat operasi harian serta memahami dengan lebih dekat dengan perkhidmatan RCB.
RCB komited dalam memperluas jaringan kerjasama dengan institusi pendidikan seperti KYP dalam memudah cara urusan kutipan, selari dengan aspirasi memperkasa ekonomi masyarakat terutamanya di luar bandar melalui pengurusan kredit yang cekap dan berintegriti.