Tahukah anda? Usahawan bimbingan Rural Capital Berhad (RCB) kini mendapat perhatian media apabila kisah kejayaan mereka dipaparkan secara eksklusif di akhbar Kosmo!
Keratan akhbar ini mengetengahkan perjalanan luar biasa usahawan yang berjaya mengubah kehidupan mereka melalui Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) yang adalah merupakan satu inisiatif di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang diuruskan oleh RCB.
Daripada perniagaan kecil-kecilan, kini berkembang menjadi syarikat yang menyumbang kepada ekonomi tempatan dan membuka peluang pekerjaan.
Jika mereka boleh berjaya, anda juga boleh! Program SPED-RCB bukan sekadar pembiayaan, tetapi satu sokongan menyeluruh yang membantu usahawan luar bandar mengorak langkah dengan lebih yakin dan terarah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *