Gerik, 15 Mei 2025 – Telah berlangsung Kursus Peningkatan Kontraktor di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) bertempat di Dewan Persidangan Majlis Daerah Gerik.
Pihak RCB telah dijemput bagi memberikan taklimat berkenaan SKOPP kepada seramai 96 orang kontraktar yang hadir di dalam kursus tersebut. Taklimat ini memberi penerangan berkaitan Skim yang ditawarkan olek Rural Capital Berhad kepada kontraktor iaitu Skim Pembiayaan Kontrak Perkhidmatan dan Pembekalan (SKOPP).
Sesi tersebut telah disempurnakan dengan kehadiran Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Khidmat Pengurusan, En. Mohammad Sadzilan bin Mohd Saad, Pengarah GIATMARA Negeri Perak,En. Zakaria bin Ismail, Pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Daerah Hulu Perak,Haji Ahmad Shukri bin Ismail, Pegawai MARA Daerah Hulu Perak, Puan Arbaiah binti Abdul Wahid.
Taklimat ini turut mendapat sokongan penuh daripada GIATMARA khususnya dalam aspek pembiayaan yang disalurkan mampu memberi manfaat besar kepada kontraktor-kontraktor bumiputera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *