CHERAS, 2 November 2022 – Satu jalinan kerjasama diantara pihak RCB bersama Kolej Poly-Tech Mara (KPTMSB) telah diadakan pada hari ini bertempat di Ibu Pejabat KPTM di Taman Shamelin, Cheras.
Majlis ini telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif RCB, Tuan Haji Hiruddin bin Hashim bersama Tuan Haji Razali bin Hassan dan Encik Amansahrin bin Ahmad Moghni selaku wakil dari RCB. Turut sama dalam majlis ini ialah Encik Abdul Azmi bin Abdul Aziz, Memangku Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB dan delegasi dari KPTMSB.