HARI SUKAN NEGARA RCB 2022

Kuala Lumpur, 2 November 2022 – RCB pada hari ini telah mengadakan satu Majlis Penutupan Hari Sukan Negara Peringkat Ibu Pejabat RCB bagi tahun 2022 yang bertempat di Menara MARA, Kuala Lumpur. Majlis penutupan ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif RCB dengan dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi RCB dan wargakerja. Kempen Hari Sukan Negara ini telah diadakan bermula pada 4 Oktober 2022 sehingga 31 Oktober 2022 dengan pelbagai aktiviti sukan yang menarik dipertandingkan dengan melibatkan seluruh wargakerja RCB khususnya di Ibu Pejabat. Tahniah kepada semua pemenang dan yang terlibat dalam menjayakan program ini.