20 Mac 2025, Khamis – Rural Capital Berhad (RCB) dengan penuh keprihatinan telah menganjurkan Ceria Aidilfitri RCB bersama Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) bertempat di Jakel Mall, Kuala Lumpur.
Program ini diserikan dengan kehadiran YBhg. En. Noor Hariri bin Mohamed Noor, Pengerusi Rural Capital Berhad, serta YBrs. Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif RCB. Kehadiran mereka melambangkan komitmen penuh RCB terhadap pembangunan komuniti yang memerlukan, khususnya dalam kalangan pelajar.
Program ini dikhususkan untuk 151 orang pelajar di mana setiap pelajar menerima sumbangan baju raya sebagai tanda sokongan terhadap mereka dalam menyambut Aidilfitri yang akan datang.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha RCB untuk menyebarkan keceriaan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Kami percaya bahawa bantuan kecil ini dapat memberikan makna besar kepada penerima, sekaligus mengukuhkan semangat kasih sayang dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Bersama kita melakar lebih banyak senyuman dan harapan! Ikuti perjalanan dan inisiatif kami di semua platform media sosial rasmi RCB. Semoga usaha ini menjadi asbab keberkatan di bulan yang mulia ini.