Kuala Lumpur, 20 November 2024 – Kempen Bayar & Menang kini kembali lagi tahun ini dan telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf di Program Peace of Mind 6.0 bertempat di Lobi Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur hari ini.
Kempen Bayar & Menang ini dilaksanakan hasil usahasama MARA & RCB bagi memberi keistimewaan kepada para peminjam untuk memenangi hadiah cabutan bertuah apabila membuat bayaran melalui aplikasi MARAeps di kaunter MARAeps.
Turut sama dalam sesi walkabout adalah YBhg. Encik Noor Hariri bin Mohamed Noor, Pengerusi Rural Capital Berhad (RCB), YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, YBhg. Ir. Dr. Mahzan bin Teh, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, YBhg. Puan Rohayah binti Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA, YBhg. Encik Yahaya bin Sani, Pengarah Kanan Pelaburan MARA dan YBhg. Encik Meor Mohd Khairy bin Meor Abdullah Zawawi, Pengarah Bahagian Kawalan Kredit MARA.
Berita gembira kepada anda semua! Program POM 6.0 kali ini akan dilaksanakan satu hari lagi iaitu pada hari Ahad ini. Jemput datang beramai-ramai untuk menangi cabutan bertuah di kaunter MARAeps dan dapatkan khidmat nasihat daripada pegawai-pegawai kami.