π—žπ—”π—¬π—¨π—›π—”π—‘ 𝗣π—₯π—œπ—›π—”π—§π—œπ—‘ π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 π—₯𝗔𝗝𝗔 𝗠𝗨𝗗𝗔 π—£π—˜π—₯π—Ÿπ—œπ—¦ π—¦π—”π—‘π—§π—¨π—‘π—œ 𝗔𝗦𝗑𝗔𝗙

Pada 13 Jun 2025, Rural Capital Berhad (RCB) menyertai program Kayuhan Agihan MAIPs Peduli RHB Islamic-MARA di Padang Pauh, Perlis. DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan mencemar duli menyerikan program tersebut.
Mengetuai penyertaan MARA adalah Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Zulfikri Osman dan Pengarah MARA Negeri Perlis, En Mohd Azam Jamaluddin, manakala, RCB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tn. Hj. Hiruddin Hashim, Ketua Korporat, En. Mohd Johari Idham dan Ketua Cawangan Kedah/Perlis, En Muhammad Suffian Muda. Turut serta adalah wakil Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Tn. Hj. Zainal Rashid Zakaria.
Sebagai manifestasi tanggungjawab sosial korporat, RCB menyalurkan sumbangan tunai kepada tiga buah rumah keluarga asnaf yang terpilih.
RCB komited untuk terus melaksanakan program-program tanggungjawab sosial korporat yang memberi manfaat kepada komuniti. Kerjasama strategik dengan agensi-agensi seperti MAIPs, MARA, dan YPM akan diteruskan bagi memastikan golongan asnaf terus mendapat perhatian dan bantuan yang sewajarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *